We lie in each story. This aint that story.

Wednesday, January 14, 2015

Rough Start

9:55 PM Posted by BUDAK LAMPOH , , No comments

Permulaan awal tahun yang baik. Tapi apabila sudah masuk ke dalam zon pembelajaran, aku kaku. Satu demi masalah datang. Dan yang enderita bukan lah diri ini. Oh ibu, ayah, maafkan anakanda mu ini. Bukanlah niat dalam diri untuk menyusahkan, cuma punyaikeinginan yang mendalam. Ill make you guys proud.

Laugh out loud in public, cry alone.-life

Kehidupan penuh dengan lakonan. Apa yang anda lihat bukanlah sesuatu yang real. Atau betul. Itucuma satu lakonan yang penuh helah dan kehidupan yang dirakam oleh mata sendiri dan kehidupan adalah karangan yang Allah tulis untuk setiap orang. Kita cuma pemadam untuk mengubah nasib diri kita itu sendiri.

Letihkah aku? Payahkahhidup ini? Oh cabaran sedikit ini lah yang akan buat aku lebih tabah dari sekarang. Kalau aku punya nasib diri yang lebih baik mungkin aku takkan sekuat ini.

Masih mencari erti hidup,
Lampoh

Monday, January 5, 2015

Choices ➡ Consequences

5:48 AM Posted by BUDAK LAMPOH , , , , , , No comments

Setiap jalan yang kita pilih tak kiralah jalan panjang atau jalan pintas, kita kenalah terima apa yang terjadi sepanjang perjalanan.

Kena patah balik ke, tayar pancit ke, kereta rosak ke dan macam-macam lagi lah. That is how i see life. Kehidupan ini adalah jalan yang penuh dengan cabang-cabangnya dan setiap daripada itu kita mestilah pilih yang terbaik untuk kita.

Apatah lagi bila sudah masuk tahun baru, 2015. Bukan mudah untuk mudah dan bukan susah untuk susah. Aku set beberapa perkara yang mahu aku lakukan sepanjang 2015 dan di bawah adalah highlight!!

Wishlist/ bucketlist 2015.

1. Graduate dengan jayanya! Amin
2. Naik gunung Kinabalu! Tinggi- tinggi gunung kinabalu~
3. Pergi pulau selain langkawi!
4. Nak buat reunion dengan budak sekolah!
5. Nak kuros aka sado aka taff!
6. Nak buat semua di atas bersama sahabat kesayangan!

I chose this road. To tell publicly what i want to do. Jadi akibatnya nanti pun aku kena terima.

✌mengharap ada pembaca,
Lampoh