We lie in each story. This aint that story.

Monday, March 9, 2015

Struggling

10:28 PM Posted by BUDAK LAMPOH , , No comments

Im struggling right now. Kehidupan sekarang memakan diri yang sudah ada. Ya Allah hamba Mu ini lemah. Sedih. Peli. Menyedihkan. Dan memilukan. Sedikit demi sedikitkesilapan aku ulang. Membunuh diriku sendiri dari dalam.

Kata orang benda yang paling tajam adalah lidah. Oh
Idahku, apa la kata mu nanti apabila ku bertemu yang satu? Jahat sangatkah aku menggerakkanmu? Terlukakah hati orang apabila kau mengeluarkan bunyi? Berdarah sedalam mana?

Aku sudah berubah kata orang. Memperkecilkan dan memperdayakan. Aku letih begini. Kerana pada pengakhirannya aku yang terluka. Terdengar bisikan yang tidak mesra menyapa. Pandangan itu aku tahu merendahkan aku. Kerana merendahkan mereka. Ya Allah alpanya hamba Mu ini.

Tapi apabila masalah menjenguk sedikit aku lari, lari dari kenyataan dan mahukan diriku berlari. Letih sama sekali dan aku sayu, layu. Tidak sabar untuk mengecas semula. Aku mahu pulang, Ya Allah.

Yang khilaf dan mahu berubah,
Lampoh