We lie in each story. This aint that story.

Sunday, November 30, 2014

Be anything, just dont be UNGRATEFUL.

4:52 AM Posted by BUDAK LAMPOH , , 1 comment

Minggu ini membuka minda aku dengan pelbagai rencana yang ada, keadaan yang menentukan dan kehidupan yang tidak berapa memberansangkan. Aku mahu jadi seperti dia. To walk the talk and be the NEW me.

Mungkin orang mahukan harta yang banyak, wanita yang cantik, jodoh yang pasti dan kehidupan yang senang. Bohong kalau aku cakap aku tak mahukannya. Tapi sekarang, aku mahukan apa yang aku nukilkan ini sebagai satu ubat. I want to walk the talk and be the NEW me.

Tiada satu kehidupan yang senang. Ya, mungkin bagi kita semua ungkapan yang baik adalah smile, cause you are worth it. Tapi bukan senyuman sahaja yang mampu membakar semangat untuk maju sebab kadang kala,

We need to cry so the burden that we held is let loose.

So December, be nice to me. I want to walk the talk and be the NEW me.

Perubahan yang pasti,
LAMPOH

Thursday, November 27, 2014

Ways on being a HANDSOME man.

5:35 AM Posted by BUDAK LAMPOH , , No comments

Jadi baru seminggu kat rumah, banyak makanan dibedal, dan masakan emak adalah yang terbaik! Love you mom! Tapi itulah masalahnya. Makanan yang emak masak semu sedap. Bila lah aku ni nak kurus? On my way to be handsome: SAYA NAK KURUS!

Alright. Aku tahu tak ada reader juga kan so here goes. Berat aku sekarang kira-kira 87kg, sama dengan kira-kira 175 lbs. Hmmm. Jadi bagaimanalah caranya mahu kurus. Disember takde perayaan apa kan semua kan? Jom esok kita mulakan, kalau tak hujan. Amiin.

Oh kenapa kurus baru hensem? Kalau gemuk tak ka? Oh well, aku nengok kawan aku yang kurus semua lawa-lawa, hensem-hensem. Semua dah nak kahwin sebab diorang kurus kot. Jadi marilah kita tanamkan azam, tanamkan semangat, kita pun nak kurus jugK! Orang cakap usaha dulu, jangan cakap dulu. Ahhhh aku tak kira aku nak cakap jugak!

AKU NAK KURUS OIIIIIIII!!!!

Sunday, November 23, 2014

Ill be there for you. But if you wont, why would i?

6:23 AM Posted by BUDAK LAMPOH No comments

Perkataan seperti RELATIONSHIP ini memerlukan hubungan dua hala. Apa-apa yang ada "ship" kat belakang lah. Tidak kiralah kapel ke, kawan ke, "ship" mesti pergi dan kembali. Jadi kalau kau tidak mahu kembali, kenapa aku masih perlu menunggu.

It is like someone saying,

I had a BOYFRIEND, but i still WANT you.

Ataupon,

Walaupon aku dah TAK KONTEK kau lagi, kita MASIH kawan!

Stop saying something you dont meant people. Sebab hanya akan ada satu penghujung tali sahaja yang akan putus. Satu penghujung lagi terpaksa memegang beban kepada penghujung yang lain. Beban akan semakin berat until they decide,

I HAVE TO LET YOU GO.

Then what will you do? Because you know what, the next thing you knew,

I WONT COME BACK.

words by,
Lampoh

Tuesday, November 18, 2014

Shhhhh! Its between me and you right?

9:07 AM Posted by BUDAK LAMPOH , No comments

Secrets is what makes us friend closer, right? -Allison, pretty little liars.

Yup, you got me! I am pretty little liars hard dying fan. Rahsia. Kalau ada rahsia yang kita nak simpan itu adalah satu cara bonding dengan kawan. Persoalannya. Sejauh mana kebenarannya? Kalau dikira aku, rahsia adalah satu senjata yang boleh kita simpan dan simpan dan simpan dan ledakkan pada masa dan ketika yang sesuai. Kenapa? Sebab rahsia yang kita pegang kita boleh, bila-bila masa boleh nak pecahkan kalaumkawan kita tikam kita dari belakang.

Ya, saya memang seorang yang psycho. Kalau satu masa nanti akan aku kenali dunia yang lebih baik, rakan yang lebih baik, ya. Rahsia itu akan aku simpan sebaiknya. Seperti sekarang. Rahsia adalah satu ledakkan dalam hati yang aku rasa nak saja bagi tahu kepada orang lain. Tapi, who would i trust? Begitulah dunia masa kini. Tragis. Penekanan you cant  trust anyone is viral.

Jadi kenapa nak berahsia? My life is an open book. Tapi aku pegang janji ini, rahsia ini. Untuk apa? Sebab apa yang aku pegang dari dulu hingga sekarang adalah janji aku. There is two books, one leads to mine, one leads to others. The key to the other one is for them to unlock. Just believe me, if i pass the key to someone else, i do believe he or she will keep the key in a safer place than mine.

Nukilan ini penuh misteri, adalah satu nukilan untuk memperingati diri ini dan juga yang lain, rahsia itu dinamakan rahsia agar cerita itu kita sahaja yang tahu. Shhhh! Its between me and you right?

Melirik jari menulis,
Lampoh.

Monday, November 17, 2014

Exam is HERE!!!

6:52 AM Posted by BUDAK LAMPOH , , No comments

Aku bakal guru. Pergh ayat. Esok adalah ujian yang pertama aku untuk semester ini. Haprak semua masih tak belajar lagi. Oh, aku! Bila lah nak sedarkan diri dan menggerakkan diri untuk belajar. Tapi tak apa, jadi cikgu nanti masa aku pulak bagi ujiannya.

Jadi, mari keluarkan semua kertas, buku, pen dan highlighter. Mari kita belajar. Hmmm, tggal nak ajak kerajinan lagi untuk turun padang. Kalau satu masa nanti blog ini dapat perhatian, ini adalah musim kemalasan aku. Haiiih. Buat blog baru lepas tu malas pulak. Hadoi.

Di sebalik kedukaan aku nak belajar ni, ada juga kebahagiaan. Dalam masa 3 hari lagi aku akan balik ke asal usulku untuk bercuti! Oh, bahagianya! Masa cuti nanti insyaAllah aku akan update ko sungguh-sungguh histoire. Akan buka satu lembar cerita yang baru. maksud aku nukilan yang pertama.

Bila jari berkata,
Lampoh.

Friday, November 7, 2014

The First Of Many Beginning

12:13 PM Posted by BUDAK LAMPOH No comments

Macam mana nak bahasakan diri ini? Aku? Saya? Hmmm. Ok! I'll use aku.

Ini adalah post aku yang pertama. Kenapa tajuk post pertama ini sebegitu? Ini kerana "histoire" bukanlah blog aku yang pertama. Dan mungkin bukan yang terakhir. Dari blog "perjalanan seorang khalilullah" hinggalah ke "my territory", kenapa sekarang pilih "histoire"?

Ini adalah blog aku yang keempat. Apakan daya, niat untuk membuat nukilan tentang diri ini masih belum putus. Blog lama semua sudah selamat dipadamkan. Kadang-kadang terasa rugi. Tapi "histoire" adalah satu pembukaan yang baru. Perkataan histoire aku ambil dari perancis, bermaksud sejarah.

Dalam blog ini akan ku ceritakan kisah dalam hidup ini. Hmmm. Yang buat nukilan hati pada masa akan datang. Biar apabila akan datang aku akan mengingatkan diri ini, 'oh, itu aku yang dulu. Semuanya adalah sejarah'. Mungkin dalam nukilan tentang diri ini akan ku tulis juga cerita pendek. Hmmm. Mungkin ini permulaan yang baik.

Jadi, tegur apa yang salah, simpan apa yang betul. Kalau satu hari nanti aku ketiadaan masa untuk menulis lagi, aku akan ingat dan perbetulkan salahku. Amin.

Ini sahaja dari aku. Yang pertama untuk nukilan yang seterusnya,
Aku.