We lie in each story. This aint that story.

Friday, February 27, 2015

My Words To You

10:35 AM Posted by BUDAK LAMPOH , , , No comments

Masih ingatkah kau sahabat?
Di saat diri ini kau peluk dan tangisi?
Ketika itu diri itu muda lagi,
Apa yang dilalui saat itu hiba sekali.
Dunia yang fana,
Rasa kita empunya,
Pacuan empat roda bawa kita ke penghujungnya,
Lambaian terakhirmu,
Kau ingat lagi masa itu?
Titisan air mataku tak berakhir di situ.

Kau pergi tinggal kenangan,
Bawa satu coretan,
Oh tidak, kau buat satu parut yang agak dalam.
Selama ini aku simpan dalam kotak fikiran,
Untuk percaya kawan bukan perkara senang.

Oh kau, ini cerita kita,
Kau, buang segalanya,
Kenapa oh kenapa,
Aku kau anggap boneka.

Patah! Oh patahkan setiap orang yang menunggu,
Aku perhati kau sejak kau lupakan aku,
Kalau dari dulu aku tahu kau begitu,
Mula dari sifar denganmu pun aku tak mahu.

Madu kau habiskan,
Racunnya kau tinggalkan,
Bukan mudah  mahu melupakan,
Akhirnya nombormu ku padamkan.

Kalau kawan punya cerita,
Dari tahun 1992 pun tak habis punya,
Yang datang cuma bertandang,
Kenangan tinggal kepahitan.

0 kata orang: