We lie in each story. This aint that story.

Friday, November 7, 2014

The First Of Many Beginning

12:13 PM Posted by BUDAK LAMPOH No comments

Macam mana nak bahasakan diri ini? Aku? Saya? Hmmm. Ok! I'll use aku.

Ini adalah post aku yang pertama. Kenapa tajuk post pertama ini sebegitu? Ini kerana "histoire" bukanlah blog aku yang pertama. Dan mungkin bukan yang terakhir. Dari blog "perjalanan seorang khalilullah" hinggalah ke "my territory", kenapa sekarang pilih "histoire"?

Ini adalah blog aku yang keempat. Apakan daya, niat untuk membuat nukilan tentang diri ini masih belum putus. Blog lama semua sudah selamat dipadamkan. Kadang-kadang terasa rugi. Tapi "histoire" adalah satu pembukaan yang baru. Perkataan histoire aku ambil dari perancis, bermaksud sejarah.

Dalam blog ini akan ku ceritakan kisah dalam hidup ini. Hmmm. Yang buat nukilan hati pada masa akan datang. Biar apabila akan datang aku akan mengingatkan diri ini, 'oh, itu aku yang dulu. Semuanya adalah sejarah'. Mungkin dalam nukilan tentang diri ini akan ku tulis juga cerita pendek. Hmmm. Mungkin ini permulaan yang baik.

Jadi, tegur apa yang salah, simpan apa yang betul. Kalau satu hari nanti aku ketiadaan masa untuk menulis lagi, aku akan ingat dan perbetulkan salahku. Amin.

Ini sahaja dari aku. Yang pertama untuk nukilan yang seterusnya,
Aku.

0 kata orang: