We lie in each story. This aint that story.

Thursday, November 27, 2014

Ways on being a HANDSOME man.

5:35 AM Posted by BUDAK LAMPOH , , No comments

Jadi baru seminggu kat rumah, banyak makanan dibedal, dan masakan emak adalah yang terbaik! Love you mom! Tapi itulah masalahnya. Makanan yang emak masak semu sedap. Bila lah aku ni nak kurus? On my way to be handsome: SAYA NAK KURUS!

Alright. Aku tahu tak ada reader juga kan so here goes. Berat aku sekarang kira-kira 87kg, sama dengan kira-kira 175 lbs. Hmmm. Jadi bagaimanalah caranya mahu kurus. Disember takde perayaan apa kan semua kan? Jom esok kita mulakan, kalau tak hujan. Amiin.

Oh kenapa kurus baru hensem? Kalau gemuk tak ka? Oh well, aku nengok kawan aku yang kurus semua lawa-lawa, hensem-hensem. Semua dah nak kahwin sebab diorang kurus kot. Jadi marilah kita tanamkan azam, tanamkan semangat, kita pun nak kurus jugK! Orang cakap usaha dulu, jangan cakap dulu. Ahhhh aku tak kira aku nak cakap jugak!

AKU NAK KURUS OIIIIIIII!!!!

0 kata orang: