We lie in each story. This aint that story.

Monday, December 22, 2014

Wedding Season!

10:27 PM Posted by BUDAK LAMPOH , , , No comments

Keluarga aku baru sahaja selesai membuat majlis persandingan maksu aku. Pergh punyalah letih walaupun aku dah cukup malas dan ada masanya aku larikan diri daripada kerja. Selalu sahaja kena jerit, jerkah dan semjanya lah. Dahlah keluarga aku suara tak perlu microphone pon dah kuat.

Bila berfikir tentang perkahwinan : who is next?

Untuk keluarga aku dah ada jawapan. My cousin will be next. Yeay! Akan ada satu lagi majlis dan kali ini aku mungkin dapat melarikan diri seratus peratus. Hooo yeahhh! Hehe. Bukanlah taknak datang majlis tersebut. Tapi kena tahu tanggungjawab masing-masing. Aku belajar lagi.

Untuk segalanya yang berlaku apa yang penting bagi aku adalah berkat aka barokah. Malam ini sudah ada meetinb pulak dengan keluarga nak cerita ni. Macam mana lah keadaannya nanti. Semoga baik-baik sahaja. Amiin.

Moga aku bersedia di masa hadapan,
Lampoh:who is next?

Sunday, December 14, 2014

This is for me: CHOICES

4:39 AM Posted by BUDAK LAMPOH , , , , No comments

Bila berfikir tentang pilihan hati (bukan cakap pasal jodoh), ibu ayah aku selalu yang buat. Sekolah rendah, sekolah menengah malah belajar di peringkat tinggi pun ibu ayah aku yang pilihkan. Kalau ikut hati aku, aku nak jadi engineer eletrik. Nak sangat sentuh bahan-bahan eletrik ini. Tapi apakan daya, pilihan keluarga ktu penting. Jadi cikgu pon ok apa.

Kalau nak fikir balik, aku bersyukur lah sebab lepas lihat sepupu sepapat dan kawan aku sekarang ni, kalau jumpa comfirm mereka kata aku beruntung. Dan aku bersetuju. Alhamdulillah lah aku dapat benda ni. Minat dapat dipupuk. Yeke?

Pilihan untuk jadi cikgu bukanlah pilihan aku. Tapi kalau aku ikhlas, InsyaAllah aku akan dapat rahmat. Dah lah redha keluarga dah ada. Heeee. Jadi cikgu bukan mudah. Aku baru tau. Maaf cikgu atas salah silap murid cikgu ni.

Tapikan, (ok kali ni aku nak cakap pasal jodoh) aku ada juga terfikir kalau emak ayah pilihkan, adakah aku akan lebih bahagia. Oh well, sekarang aku takda lah pilihan hati. Tapi when your friends are getting married, you will ask hourself. When is your time. Tapi itulah. Kalau jodoh itu di rahsia Allah. Kalau itu jodoh aku, tak kemana.

Yang mengetahui empat slot kosong,
Lampoh.

Tuesday, December 9, 2014

I am a sad man

4:49 AM Posted by BUDAK LAMPOH , , No comments

Ini adalah cuti masa panjang aku dan aku sangat bosan. Apa yang aku lakukan sehari-hari semuanya sama.

Bangun pagi 5 am➡subuh➡main game ➡sarapan ➡mandi ➡tgok tv ➡ tdo pkul 9 sampai 1130 ➡ makan tengah hari ➡main game atau baca majalah sampai 430pm ➡jog ➡mandi ➡maghrib sambung main game ➡ makan malam ➡main game ➡ 930 pm tdoq!

Aku dah repeat benda di atas selama dua minggu kalau ada kelainan, eh takda kelainan sangat lah. Saya bosan. Nak tulis cerita, akan tetapi hati ini belum lagi merasa untuk menulis cerita. Sudah ada idea. Cuma kalau dibenak hati ini ingin menulis, saya akan menulis.

Jadi esok saya akan cuba ubah gaya hidup saya. Kecuali part bangun awal tuh saya masih nak guna. Heee. Sayang lah nak bangun awal hari-hari. Ya Allah, jadikanlah lampoh kurus ya Allah.

Jadi esok saya nak mulakan hari saya dengan menangkap gambar, kemudian saya akan... entahlah. So lets the heart decide by tomorrow.

Mengharapkan hari esok tak sebosan hari sebelumnya,
Mengharapkan perut kempis seperti sebelumnya,

Lampoh

Friday, December 5, 2014

Thank you for being racist

9:46 PM Posted by BUDAK LAMPOH , , , , No comments

Racism adalah satu "penyakit" yang menular di dunia sekarang. 17 tahun aku hidup, aku tidak pernah merendahkan kaum lain, dan tak pernah terlintas di fikiran untuk mempunyainhasad jahat kepada kaum lain. Then, i met the world.

5 tahun aku belajar dengan orang pelbagai bangsa. Cina, india, melayu, melanau, bisaya, kedayan dan macam-macam lagi lah. Tapi aku hidup dengan baik sahaja. Tapi setahun aku belajar di tempat orang, fikiran aku berubah. Yang setiap bangsa punya kriteria masing-masing.

Aku bersyukur sebab rakan sekeliling masih lagi dari pelbagai bangsa dan budaya. Dan secara amnya, bila aku keluar aku punyai nilai nationality yang berbeza. Ada yang bertanya aku daripada negara mana, bangsa mana da sebagainya.

Perbincangan sebelum ini bersama rakan sekolah lama membuat aku terfikir. What makes us different from the inside if the reality is that we are the same and having different skin color does not make us better than the others. Ternyata aku salah.

Pemikiran orang adalah sesuatubyang susah untuk diubah. Bukan semua orang positif dan bukan semua pegang teguh dengan apa yang mereja percaya. Ini belum soal agama tapi kalau betul kita berfikiran terbuka, percayakah kita pada bangsa lain?

Mentaliti yang kusut,
Lampoh

Wednesday, December 3, 2014

Kalau aku punya cerita, kau mahu baca?

5:24 AM Posted by BUDAK LAMPOH , , No comments

Apa yang telah kreativiti bawa kepada kita selama ini? Kreativi bukanlah sesuatu yang senagn didapati. Inovasi pula apabila kita belajar untuk mengubah sesuatu itu kepada yang lebih baik. Sebenarnya bukan kreativiti ataupun inovasi yang ingin aku katakan.

Kali ini ianya tentang idea. Idea terbaru aku untuk menulis satu cerita pendek. Memang aku suka membaca, tapi hakikatnya aku suka bercakap membuatkan aku mahukan diri aku menjadi seorang penulis. Aku ada tulis beberapa cerita, dan orang lain suka akan cerita aku. Bu how about now? Will the be readers.

Jadi kekeliruan berlaku apabila soalan ini ditanya:

Aku post di blog ka? Ataupun aku nak tulis dahulu dan tanya pendapat orang lain?

Hmmmm. Dalam golongan cliques aku banyak yang suka membaca. Jadi senanglah nak mintak pendapat. Tanya mereka dan harap mereka tak curi pendapat aku. Heee. Jadi apa yang akan jadi seterusnya?

Saya menyeru kepada pembaca sekalian (macam banyak), tolong beri pendapat!

Kekeliruan yang jitu,
Lampoh